RAHSIA PENCAPAIAN BAHASA ARAB SMK MUADZAM SHAH 88.9% DAPAT A
Mari kita teroka dan tiru.
PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA ARAB PMR 2011
SMK MUADZAM SHAH
BIL |
PROGRAM |
MATLAMAT |
STRATEGI |
PENILAIAN |
J/ MASA |
1 |
PEMBINAAN NOTA RINGKAS QAWAID DAN KALIMAH |
PELAJAR DAPAT MEMAHAMI DAN MAHIR DALAM QAWAID SERTA MEMILIKI PERBENDAHARAAN KATA BAHASA ARAB
|
PELAJAR MEMBUAT NOTA SELEPAS P&P DIJALANKAN |
GURU MENYEMAK NOTA SELEPAS SESUATU NOTA DIBUAT
|
SEPANJANG TAHUN |
2
|
LATIH AN TOPIKAL |
MEMBIASAKAN PELAJAR KEPADA BENTUK SOALAN
SEBAGAI LATIHAN YANG BERKESAN KEPADA PELAJAR YANG LEMAH
|
LATIHAN DIJALANKAN DI DALAM DAN DI LUAR P&P DAN WAKTU CUTI SEKOLAH |
SOALAN-SOALAN TOPIKAL (BERDASARKAN FORMAT PEPERIKSAAN SEBENAR)
|
JAN- JUL |
3 |
TADRIBAT MUKASSAFAH ( LATIH TUBI MENJAWAB SOALAN )
|
LULUS 100% SERTA PENCAPAIAN CEMERLANG DAN BERKUALITI |
LATIH TUBI MENJAWAB SOALAN- SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI LAN
PERBINCANGAN |
UJIAN LISAN/BERTULIS
PEPERIKSAAN
|
OGOS-SEPT |
4
|
KELAS TAMBAHAN TERANCANG |
MENDAPAT “WAQTUL MURAJAAH”UNTUK MENGHADAPI PMR
MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN |
MENGAJAR SUKATAN MATA PELAJARAN DI LUAR WAKTU P& P
|
UJIAN |
FEB -SEPT |
5
|
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR |
MENDEDAHKAN PELAJAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN YANG BETUL
MENDEDAHKAN FORMAT PEPERIKSAAN
MENDEDAHKAN SKEMA PEMARKAHAN
|
CERAMAH OLEH JEMPUTAN LUAR
PELAJAR MENCATAT ISI-ISI PENTING
|
GURU BERTANYAKAN ISI CERAMAH |
19 MEI |
6 |
AS-SYIFA’ (KELAS PERMURNIAN) |
MEMBANTU PELAJAR YANG LEMAH MENCAPAI KEPUTUSAN YANG LEBIH BAIK |
LATIHAN DIADAKAN DI LUAR WAKTU P&P
MEMBERI SOALAN BERFORMAT PMR SEBENAR
|
SOALAN-SOALAN |
SEPANJANG BULAN RAMADHAN |
7
|
BENGKEL33 TIPS KUASAI BAHASA ARAB |
SATU USAHA UNTUK MENARIK,MENDEKATKAN PERHATIAN DAN MEMUPUK MINAT TERHADAP BAHASA ARAB DI SAMPING MENGIKIS PERSEPSI BAHAWA MATA PELAJARAN INI SATU SUBJEK YANG SUKAR ATAU “KILLER SUBJEK” |
DIKENDALIKAN OLEH DR.ADUL RAZAK IN CHIK ( DR.Arabic)
MENGADAPTASIKAN SEKURANG-KURANGNYA 5 TEKNIK ( BAHASA BADAN,INTONASI,ZIKRULLAH,PANGGILAN MESRA,KATA PINJAMAN ) KETIKA BELAJAR BAHASA ARAB
|
UJIAN/PEPERIKSAAN |
23 APRIL |
Kumpulan sasaran ialah semua pelajar tingkatan tiga yang ambil Bahasa Arab
PENCAPAIAN BAHASA ARAB PMR 2011 SMK SERI BENTONG CEMERLANG 89.7% DAPAT A.
1) Analisis Peperiksaan
TAHUN | PERKARA | CALON | A | B | C | D | LULUS | GPMP |
BIL | % | BIL | % | BIL | % | BIL | % | BIL | % |
|
2011 (Ting.3) | TOV | 39 | 10 | 26% | 15 | 39% | 6 | 15% | 7 | 18% | 38 | 98% | 2.33 |
Ujian 1 | 39 | 7 | 18% | 23 | 59% | 8 | 21% | 1 | 2% | 39 | 100% | 2.08 |
Pep. ½ Tahun | 39 | 14 | 36% | 20 | 52% | 4 | 10% | 1 | 2% | 39 | 100% | 1.79 |
Pra Percubaan | 39 | 21 | 54% | 17 | 44% | 1 | 2% | 0 | 0% | 39 | 100% | 1.49 |
Pep.Percubaan | 39 | 30 | 77% | 9 | 23% | 0 | 0% | 0 | 0% | 39 | 100% | 1.23 |
PMR | 39 | 35 | 90% | 4 | 10% | 0 | 0% | 0 | 0% | 39 | 100% | 1.10 |
2) Program dan Strategi
2.1 KAA Hebat, Arab Mantap
* Menerapkan ke dalam diri murid-murid tentang kelebihan mereka berada di kelas KAA serta keistimewaan Bahasa Arab dan peluang yang mereka akan peroleh jika menguasai Bahasa Arab.
* Penerapan berbentuk motivasi berpanjangan bermula seawal tingkatan satu dan berterusan sehingga mereka menduduki peperiksaan PMR.
* Serlahkan minat guru yang mendalam terhadap Bahasa Arab dan perhatian sekolah yang istimewa terhadap murid-murid dalam kelas KAA.
2.2 Dekat di Hati
* Wujudkan hubungan yang sangat akrab antara guru dan murid-murid di dalam mahupun di luar kelas sehingga mereka berasa sangat selesa belajar dengan guru mereka dan seronok dengan kehadiran guru untuk mengajar.
* Hubungan yang rapat antara guru dan murid-murid memudahkan guru untuk meyakinkan mereka terhadap kebolehan dan kemampuan mereka untuk cemerlang walaupun mereka lemah.
* Sentiasa sentuh hati-hati mereka dengan menunjukkan kesungguhan guru dan dengan kata-kata serta cerita-cerita yang membangkitkan semangat untuk belajar dan berjaya.
* Ingatkan pelajar tentang betapa pentingnya keberkatan ilmu yang diperoleh dengan cara menghormati semua guru.
2.3 Akar Tunjang
* Membekalkan ilmu dan maklumat yang mantap, mencukupi dan betul mengenai Bahasa Arab semasa pelajar di tingkatan satu dan dua sebagai asas yang kukuh.
* Memerlukan kepada guru yang betul-betul menguasai isi kandungan mata pelajaran.
* Semasa di tingkatan tiga, pelajar hanya ditumpukan dalam kemahiran menjawab soalan dengan sedikit pengukuhan dari segi pengetahuan Bahasa Arab.
2.4 Dah Khatam Dah…
* Buku teks wajib dihabiskan, Tingkatan satu pada bulan Oktober, tingkatan dua pada bulan September dan tingkatan tiga pada bulan Jun.
* Dalam masa yang sama guru tidak bergantung pada buku teks semata-mata dan membekalkan pelajar dengan bahan-bahan lain yang sesuai.
* Bagi tingkatan satu dan dua, selepas selesai menggunakan buku teks, guru mengulang semula tajuk-tajuk yang sukar untuk pelajar.
2.5 “
Take Five”
* Peruntukkan masa selama sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk bertanya kepada para pelajar tentang maksud perkataan yang telah diberikan oleh guru terlebih dahulu.
* “Dendaan berfaedah” bagi pelajar yang gagal mengingat maksud perkataan, seperti menulis semula semua perkataan yang tidak diingati berserta dengan maksud sebanyak sepuluh kali bagi setiap perkataan, kerana dengan menulis pelajar akan lebih mudah mengingat.
2.6 Anta fikirlah sendiri…
* Pelajar membuat karangan mereka sendiri, tetapi dengan panduan serta bimbingan daripada guru.
* Bagi pelajar yang lemah, mereka dibantu oleh rakan mereka yang mahir.
* Pelajar yang mahir menjadi mentor kepada pelajar yang lemah dan duduk bersebelahan di dalam kelas.
2.7 “
Rapid Fire” (Tingkatan 3)
* Kelas tambahan berbentuk latihan, perbincangan dan membuat pembetulan di jalankan selama 64 jam bermula dari bulan Februari hingga bulan Ogos.
* Modul khas dibekalkan kepada semua pelajar (buku) dan mereka perlu membuat terlebih dahulu latihan yang akan dibincangkan sebelum hadir ke kelas tambahan.
* Pelajar dibenarkan merujuk mana-mana bahan rujukan semasa membuat latihan.
* Kelas diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
* Pelajar yang tidak hadir diwajibkan menyalin semua hasil perbincangan di dalam modul tersebut dan berjumpa dengan guru untuk sesi soal jawab.
2.8 Seminar dan Bengkel Kemahiran Menjawab Soalan (Tingkatan 3)
* Diadakan dua kali, iaitu pada bulan Februari dan bulan Julai, supaya pelajar cepat sedar dan ingat semula apa yang telah disampaikan.
* Menjemput dua orang penceramah yang berlainan supaya lebih banyak maklumat yang diperoleh oleh pelajar.
2.9 Trial Oohhh Trial… (Tingkatan 3)
* Guru membekalkan pelajar dengan 10 soalan percubaan negeri-negeri lain, secara berperingkat-peringkat.
* Pelajar menjawab semua soalan tersebut semasa mengulang kaji pelajaran dan membincangkannya dengan guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
* Pelajar tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan rujukan semasa menjawab soalan.
2.10 Sentuhan Terakhir
* Pada malam sebelum peperiksaan PMR mata pelajaran Bahasa Arab, guru datang ke asrama untuk bertanya khabar pelajar, memberikan secara ringkas (10 minit) tips terakhir serta kata-kata semangat kepada pelajar dan menjawab persoalan pelajar jika ada.
* Pada pagi peperiksaan, sebelum pelajar memasuki dewan peperiksaan, guru berada bersama-sama pelajar di luar dewan dan membacakan doa untuk pelajar.
* Semasa pelajar sedang menjawab soalan, guru menunaikan solat hajat dan membaca al-Quran, memohon kepada Allah supaya para pelajar dipermudahkan dan diberikan ketenangan semasa menjawab soalan.
Disediakan oleh:
Ustaz Fatthul Mueim bin Bustaman
SMK Alor Akar, Kuantan (sebelum ini bertugas di SMK Seri Bentong).