APA RAHSIA ?
SMK UBAI, PEKAN. 44.6% dapat A GEOGRAFI PMR 2011
Puan Rosidah binti Ismail mula bertugas di SMK Ubai pada bulan Januari 2010. Beliau adalah guru opsyen Seni Visual, tetapi telah mengajar mata pelajaran geografi selama 10 tahun. Saya telah menggalakkan beliau untuk memohon jawatan guru cemerlang dan beliau telah mengisi borang permohonan tetapi belum lagi dipantau oleh pihak nazir.
Pada pandangan saya, kelebihan Puan Rosidah ialah personaliti dan etika kerja beliau. Beliau mengajar dengan sepenuh hati, ikhlas, dan menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau bekerja tanpa mengira masa , tenaga dan wang ringgit. Apabila menjalankan kelas tambahan, beliau akan membawa makanan dan minuman dan makan bersama-sama pelajar. Beliau menganggap pelajar sebagai anak sendiri dan daripada pandangan saya pelajar pun boleh merasai kasih sayang beliau terhadap mereka. Beliau tegas dan serius mengenai pembelajaran, tetapi pada masa yang sama, beliau dapat juga menunjukkan kasih sayang dan simpati. Beliau memberitahu saya bahawa beliau sentiasa mendoakan kejayaan pelajar dan iringi mereka dengan doa setiap kali lepas sembahyang “Ya Allah ya Tuhanku, mudahkan pelajar-pelajarku memahami dan mengingati pengajaranku. Mudahkanlah mereka menjawab soalan dengan betul dan tepat. Kurniakanlah kejayaan yang sangat cemerlang kepada mereka, Amin…”
Satu lagi kelebihan Puan Rosidah ialah beliau adalah “Subject Matter Expert”. Penguasaan isi kandungan adalah pada “finger tips”. Beliau banyak membaca dan tidak hanya bergantung kepada buku teks dan rujukan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau gemar membaca maklumat yang berkaitan geografi (bukan terhad kepada sukatan pelajaran) daripada internet, ensaiklopedia, majalah dan akhbar. Menurut beliau, pelajar berminat mendengar guru bercerita lebih daripada apa yang terkandung dalam sukatan.
Biasanya pelajar tidak minat geografi kerana susah mengingati peta dan gambar rajah. Tetapi Puan Rosidah telah menghasilkan satu modul peta yang berkesan. Istimewanya modul peta ini ialah modul ini merangkumi sukatan tingkatan 1, 2 dan 3. Saya telah memantau Puan Rosidah pada 20 April 2011 dan melihat sendiri bagaimana minatnya pelajar apabila belajar menggunakan modul peta tersebut. Selain modul peta, Puan Rosidah juga telah menghasilkan satu modul nota dan modul latihan yang beliau gunakan untuk kelas Tingkatan 3. Puan Rosidah mempunyai wawasan untuk kecemerlangan pelajar. Beliau target semua pelajar (dalam kelas pertama) mendapat A untuk geografi. Seterusnya, sepanjang tahun, beliau akan terus memotivasikan mereka ke arah itu. Beliau mengajar pelajar mengikut tahap mereka. Kaedah pengajaran untuk pelajar lemah tidak sama dengan kaedah untuk pelajar cemerlang. Untuk pelajar cemerlang beliau menghabiskan sukatan lebih awal agar dapat membuat ulangkaji lebih awal. Beliau juga mengenalpasti kelemahan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
Sebagai seorang pengetua, saya berasa sangat bertuah mempunyai seorang guru yang begitu berdedikasi dan komited terhadap kerja dan saya selalu memberi pujian kepada beliau serta menghargai jasa beliau.
Dilaporkan oleh,
Datin Stella Jayamalar A/P Thomas, SMP., AMP Pengetua SMK Ubai, Pekan, DAPATKAN RAHSIA BAGAIMANA
SMK PERAMU JAYA, 40.3% dapat A GEOGRAFI PMR 2011
Antara teknik yang digunakan oleh guru-guru geografi untuk meningkatkan kecemerlangan ialah membahagikan pembelajaran kepada beberapa fasa. Fasa 1 (Bulan Januari - Julai). Pada masa P&P hanya digunakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sebelah Petang adakan kelas tambahan bagi ulangkaji sukatan pelajaran semasa tingkatan 1 dan 2.
Fasa 2 (Ogos - September). Kelas tingkatan 3 telah dirombak mengikut kelompok cemerlang, sederhana, potensi dan harapan. Mereka ini dibekalkan dengan soalan-soalan percubaan dari 14 negeri. Pada masa ini soalan-soalan dianalisa. Mana-mana soalan yang hampir sama akan diulang-ulang. Biasanya setiap pelajar akan menjawab sebanyak 14 set soalan. Setiap satu set mengandungi 60 soalan.Selesai menjawab pelajar-pelajar akan diberi penerangan mendalam tentang semua topik-topik Aktiviti ini akan dijalankan pada masa P&P dan kelas tambahan pada waktu petang (3.00 - 4.30 ptg) dan pada hari Sabtu (8.00 -10 Pg) serta Ahad (10.30 - 12.00 Tgh).
Fasa 3(Bulan Oktober). Pada masa ini pelajar-pelajar akan dibekalkan pula soalan-soalan sebenar PMR tahun 2005 - 2010. Dimana 6 set soalan bagi seorang pelajar (setiap set ada 60 soalan) Soalan ini dijawab oleh pelajar di rumah. Dalam kelas hanya diadakan perbincangan tentang soalan tersebut.
Fasa 4(Seminggu sebelum PMR). Guru-guru akan membantu pelajar untuk menanda tajuk-tajuk penting untuk dibaca oleh pelajar. (Guna modul yang dibuat oleh guru) Pada masa ini pelajar dibekalkan dengan nota kecil (boleh dimuat dalam poket baju) Pelajar juga dibekalkan peta berbentuk grafik & peta bermaklumat dari tingkatan 1 -3.(Pelajar diminta menghafal) Fasa 4 (3 hari sebelum PMR). Pelajar diberikan peta dunia dan Malaysia(Peta kosong) Seterusnya pelajar diminta menandakan lokasi tempat dalam peta tanpa rujuk buku.Tujuan untuk kuatkan ingatan pelajar.
Fasa 5 (2 jam sebelum peperiksaan) Pelajar dikumpul ikut tahap(cemerlang, sederhana & potensi) Pada masa ini guru-guru akan menerangkan sekali lagi tajuk-tajuk penting, tajuk-tajuk yang biasa keluar, istilah-istilah, teknik-teknik menjawab dan apa yang hendak dijawab dahulu. Tips-tips terakhir ini amat penting & amat berkesan sekali.
Selain itu, sebelum pembahagian kepada fasa-fasa ini guru-guru geografi telah membuat analisis tentang kelemahan pelajar dan soalan yang selalu pelajar gagal. Masalah utama pelajar ialah mengingat lokasi dalam peta.Oleh itu pelajar sentiasa dibekalkan peta kosong dunia dan Malaysia. Setiap minggu pelajar mesti diuji 2X tentang peta dunia & 2X tentang peta Malaysia. Ini penting untuk mengekalkan ingatan jangka panjang pelajar.Soalan yang disoal berkisar lokasi &ciri-ciri lokasi dlm peta.
Buat nota tingkatan 1,2 &3 dan beri kepada semua pelajar. Nota yang baik perlu digabung jalinkan dari buku teks dan buku rujukan. Nota pelajar kurang lengkap kerana mereka biasanya suka menggunakan buku rujukan semata-mata, ada fakta yang kurang tepat @ salah .
Selain daripada itu , keperluan guru untuk menyediakan bahan-bahan perlu diadakan dan disediakan dengan secukupnya. Contoh, bermula pada tahun lepas(2011) saya telah menyewa 2 buah mesin fotostet dan 2 buah mesin riso untuk memudahkan guru menyediakan bahan untuk pelajar. Untuk membeli kertas dengan harga yang murah, saya meminta pihak PIBG membelinya. Jika dibeli dengan menggunakan L/O harga lagi mahal. Ini adalah untuk menjimatkan perbelanjaan supaya lebih banyak kertas soalan boleh dibekalkan kepada pelajar.
Daripada,
Osmera bin MatPengetua SMK Peramu Jaya, Pekan

