MEMORY PENGETUA PAHANG
DISEDIAKAN OLEH
CHIN NYUK PHENG
Sebelum melangkah masuk ke SMK TELEMONG , saya telah menerima banyak maklumat negatif mengenai sekolah itu. Antara komen-komen yang negatif adalah seperti % kelulusan dan GPS peperiksaan PMR dan SPM adalah ranking terakhir di daerah Bentong. Sebilangan guru datang lewat dan balik awal serta tidak masuk kelas. Staf sokongan terutamanya pembantu makmal adalah “ king of the school ” kerana mereka adalah kaki politik dan mempunyai “ Orang Kuat ” di belakang.
Pada hari pertama bertugas ( 01-09-2006 ) , didapati 4 orang guru datang ke sekolah lewat (antara 8.00-9.00 pagi ). Kebetulan maklumat yang terdengar adalah benar. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap guru-guru tersebut. Pada hari kedua, ketiga dan hari yang seterusnya, saya berdiri di depan pintu sekolah menyambut kehadiran guru-guru.Tanpa apa-apa teguran , guru-guru yang datang lewat itu telah sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi pada keesokan hari .Satu perubahan yang positif dan menggalakkan. Saya diberitahu mereka berasa malu ketika melihat pengetua berdiri di depan pintu sekolah menyambut serta memberi salam kepadanya. Ini merupakan satu kaedah “ soft approach ” untuk menyelesaikan masalah serta mengubah sikap manusia tanpa menjejaskan hubungan mesra antara satu sama lain.
Penekanan prioriti pertama adalah memantapkan pengurusan akademik. Pemeriksaan audit akademik menerangkan kurikulum sekolah memerlukan penambahbaikan dan harus dipertingkatkan. Selepas sesi perbincangan dan debriefing dengan GPK pentadbiran dan semua ketua panitia mata pelajaran , didapati sistem pemantauan dan penilaian akademik adalah kurang mantap. Walaupun mempunyai proses “ Plan, Do, Check , Act ”(PDCA), tetapi proses “Check and Act” sangat kurang. Tindakan yang seterusnya adalah menjalankan pencerapan P&P dan penyemakan buku latihan pelajar mengikut jadual perancangan. Setiap kali perjumpaan KMK, guru-guru akan melaporkan “ outcome and output” kepada saya. Hasil perbincangan didapati ramai guru muda kurang pengalaman ( 80% ) dalam P&P dan pengurusan kelas. Kompetensi P&P guru agak rendah. Dengan itu ,program-program LADAP telah dilaksanakan untuk meningkatkan kompetensi guru dan profesionisme keguruan. Antara program LADAP ialah “ benchmarking ” SMK SERI BENTONG, SMK KETARI dan SM TEKNIK ,KUALA LIPIS. Dengan melaksanakan perancangan penambahbaikan berterusan , kompetensi P&P guru telah meningkat dan seterusnya % pencapaian peperiksaan PMR dan SPM turut meningkat. Dari semasa ke semasa, saya cuba menyerap nilai kreatif , pemikiran positif dan semangat ingin berubah dalam kalangan warga sekolah untuk mewujudkan budaya inovatif di SMK TELEMONG
SMK TELEMONG adalah sebuah sekolah luar bandar. Bangunan sekolah tidak dicat sejak dibina 16 tahun dahulu. Cat bangunan sekolah telah luntur , kelihatan sangat usang dan kotor. Persekitaran sekolah tidak ceria dan tidak kondusif untuk memeransangkan pengajaraan dan pembelajaran. Tandas pelajar berbau dan kotor. Pusat sumber sekolah berhabuk, buku-buku berselerak seolah-olah tidak digunakan dan dikunjungi oleh pelajar bertahun-tahun. Kantin sekolah tidak ceria dan besin pencuci tangan kotor serta retak . Ruang makan guru berminyak kerana dapur masak adalah berkongsi dengan ruang makan guru. Tambahan pula, bilik-bilik darjah masih menggunakan papan hitam berkapur dan papan kenyataan berlubang serta banyak yang rosak. Selepas pemeriksaan , didapati fizikal sekolah memerlukan penambahbaikkan dengan segera. Kesemua penambahbaikan dan perubahan memerlukan kewangan. Pada ketika itu, didapati wang (LPBT ) hanya tinggal lebih kurang RM2000.00. dan akaun PIBG tinggal lebih kurang RM1000.00.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut , saya memanggil mesyuarat guru dan bercadang untuk mengadakan projek kutipan dana( fund raising ).Target saya adalah RM100,000.00. Semua guru agak terkejut apabila mendengar target kutipan adalah RM 100,000.00. Dalam fikiran mereka jumlah kutipan ini adalah besar dan memang tidak dapat dicapai. Mereka berasa pengetua ini adalah gila. Mereka tidak percayai dan tidak yakin sekolah luar bandar boleh mencari wang yang begitu banyak. Saya memberi keyakinan kepada guru supaya berani menerima cabaran dan berani membuat sesuatu yang luar biasa. Dengan kegigihan, ketabahan, kerjasama kumpulan, semangat ingin cuba , berinovasi dan berkreatif semua cita-cita dapat direalisasikan.
Selepas mendapat konsensus dan persetujuan daripada guru-guru, saya memanggil mesyuarat PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS ). Semasa mesyuarat , saya melontarkan idea “ fund raising ” kepada ahli-ahli PIBG dan LPS . Pada mulanya mereka berasa ragu-ragu terhadap cadangan saya tetapi selepas penjelasan dan penerangan proses pelaksanaan projek dengan teliti, mereka bersetuju dan menyokong cadangan saya dengan sebulat suara. Dalam masa tiga bulan, semua warga sekolah bekerja bertungkus lumus mencari sponsor serta menjual tiket dari rumah ke rumah, dari kampung ke kampung . Proses kutipan dana ini telah merapatkan hubungan silaturahim antara semua warga sekolah dan ahli-ahli PIBG serta LPS. Walaupun terdapat banyak rintangan , halangan, perasaan yang pahit dan manis tetapi segala ini dapat diatasi dengan semangat kekitaan dan “ team work “ yang kukuh. Akhirnya target kami tercapai. Semua warga sekolah berasa seronok, gembira dan percaya kepada pedoman “ there is a will, there is a way . If you think you can, you can”. Dengan adanya wang yang cukup, bangunan sekolah telah dicat semula. Pusat sumber sekolah telah dipasang “ air cond ” dan membeli banyak buku rujukan, buku cerita , buku kerja dan lain-lain.
Kantin sekolah telah ditambahbaikkan dengan membina sebuah pentas, besin pencuci tangan ditukar baru dan kedudukannya . Sebuah dapur memasak telah dibina di tepi kantin iaitu berasingan dengan ruang makan guru. Pentas perhimpunan telah dibesarkan dan dipasang dengan jubin. Tandas pelajar telah ditambahbaikkan. Bilik guru dan bilik gerakan telah dipasang “ air cond ” . Banyak perubahan dan penambahbaikkan berterusan telah dilakukan dengan kutipan dana tersebut.
Pengurusan HEM sekolah adalah memuaskan. Tiada kes-kes disiplin yang serius. Satu isu yang memeningkan kepala adalah sikap pelajar yang tidak berminat belajar dan masalah kehadiran pelajar ke sekolah. Sering kali pelajar tidur semasa P&P dijalankan. Punca utama adalah mereka bekerja di luar selepas sekolah. Mereka balik lewat dan keesokan harinya tidak dapat bangun awal. Mereka yang hadir ke sekolan akan tidur di dalam kelas. Program permuafakatan ibu bapa dengan guru dan lawatan kasih ke rumah pelajar telah dijalankan . Walau bagaimanapun, impaknya tidak begitu berkesan. Untuk menyelesaikan masalah ini , saya dan staf sokongan terpaksa membawa pembesar suara “portable” memanggil pelajar dari tingkat bawah untuk ke sekolah. Ramai pelajar sekolah tinggal di rumah pangsa. Mereka berasa malu kerana namanya diketahui oleh semua penghuni yang tinggal di rumah pangsa. Hanya dengan cara inilah kadar kehadiran pelajar telah bertambah baik. Selain itu, kem motivasi juga diadakan untuk memberi motivasi dan dorongan kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar tingkatan tiga dan lima supaya dapat membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Aktiviti ini agak berjaya kerana peratus kehadiran pelajar ke sekolah dan kelas bimbingan adalah memuaskan.
Pengurusan KOKO adalah sangat mantap. Di bawah kepimpinan GPK KOKO yang cekap dan berkesan, semua program KOKO telah dilaksanakan dengan lancar. Satu perkara yang membanggakan adalah semua pelajar memakai pakaian unit beruniform setiap Hari KOKO pada masa petang( 3.00- 5.00 petang ).Sekolah telah pungut banyak pingat dalam bidang sukan seperti merentas desa, olahraga ,hoki dan badminton di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Semasa saya bertugas pada awal bulan September 2006, kerani sekolah (N17) telah mendapat surat pertukaran ke Jerantut yang berkuat kuasa pada awal bulan Oktober 2006. Pada masa itu, tiada pengganti selama beberapa bulan. Saya memang pening kepala dalam mengurus kewangan sekolah kerana tiada pengalaman dan pengetahuan prinsip perakaunan . Nasib baiknya, mantan pengetua Encik Ng Chong Soong rela datang setiap petang mengajar saya mencatat, mengimbang ,menutup akaun dan lain-lain lagi. Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada beliau. Kini saya agak mahir mengurus sistem pengurusan kewangan sekolah. Ketiga-tiga kerani baru yang dihantar oleh JPNP ke sekolah tiada pengalaman dan tidak tahu pinsip perakaunan. Sayalah terpaksa menjadi jurulatih mengajar mereka menguruskan akaun sekolah. Sepanjang 4 tahun berkhidmat di SMK TELEMONG, tidak pernah menerima teguran pengauditan. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan.
Sokongan padu daripada PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah dan komuniti tempatan adalah sangat menggalakkan. Apabila sekolah menganjurkan apa-apa aktiviti , mereka akan datang memberi sokongan moral dan sumbangan untuk menjayakan semua aktiviti yang dilaksanakan. Pengurus Ladang Tuan , Ladang Renjok , Ladang Tong Heng dan pekerja-pekerja ladang selalu memberi bantuan dalam projek gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Ketua Balai balai polis Telemong dan anggota-anggota polis selalu melawat sekolah dan membeli makanan dari kantin sekolah serta makan bersama-sama dengan warga sekolah. Hubungan sekolah dengan komuniti tempatan adalah erat dan masra.
Satu peristiwa yang saya tidak dapat lupakan ialah menerima surat layang yang mencatat 15 tuduhan. Surat layang ini dihantar ke PPD, JPNP, KPM dan Pejabat Perdana Menteri. Salah satu tuduhan ialah menuduh saya rasuah sebanyak RM13,000,000,000.00 . Pada masa itu, PPD tidak memberi apa-apa sokongan kepada saya. Saya rasa sangat sedih dan ingin meletakkan jawatan. Saya mengadakan mesyuarat guru dan memaklumkan kandungan surat layang itu kepada semua guru. Tanpa melegakan sesaat pun, semua guru menurunkan tandatangan surat sokongan sebagai tanda sokongan kepada saya. Saya rasa sangat terharu dan menghargai kepercayaan guru-guru kepada saya. Semua AJK PIBG dan AJK Lembaga Pengelola Sekolah datang ke sekolah selepas mengetahui peristiwa itu. Pengerusi PIBG ingin pergi ke PPD dan JPNP untuk memberi penjelasan tentang peribadi saya serta memberi sokongan kepada saya. Saya menolak tawaran PIBG dan meminta mereka tenang. AJK PIBG menulis surat sokongan kepada PPD dan salinan kepada JPNP, KPM dan Pejabat Perdana Menteri. Tambahan pula, AJK Lembaga Pengelola Sekolah telah mengumpul lebih daripada 300 tandatangan penghuni kampung Telemong sebagai tanda sokongan kepada saya. Saya berasa terharu atas kepercayaan mereka kepada saya. Selepas menghantar laporan penjelasan dan siasatan telah dijalankan oleh PPD, didapati semua tuduhan adalah tidak berasas. Akhirnya nama saya telah dibersihkan.
Selama 4 tahun berkhidmat di SMK Telemong , banyak kenangan manis dan pahit. Segala cabaran, rintangan dan halangan telah saya atasi atas kerjasama dan sokongan daripada semua warga SMK Telemong, AJK PIBG dan LPS. Saya amat menghargai bantuan dan sokongan yang diberi oleh mereka. Saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga SMK TELEMONG, AJK PIBG, AJK LPS, penghuni-penghuni kampung Telemong dan semua pihak yang memberi bantuan, sokongan serta kepercayaan kepada saya untuk mentadbir dan mengurus sekolah. Tanpa sokongan mereka ,SMK TELEMONG tidak bolehlah maju dan lonjak ke arah kecemerlangan. Memori sebagai seorang pengetua Pahang penuh dengan perasaan pahit dan manis . Walau bagaimanapun, perasaan manis jauh lebih banyak daripada perasaan pahit dan akan menjadi satu kenangan dalam hati saya buat selama-lamanya.
Tahniah puan kerana mengubah SMK Telemong. Saya masih ingat ketika puan pelawa saya jenguk sekolah, puan sebutkan "...sekolah saya bukan macam sekolah." Sejurus selesai projek mengecat sekolah saya "pusing-pusing" di Telemong dan singgah di sekolah tanpa puan tahu. Saya turut bangga yang SMK Telemong memang SMK.
ReplyDeleteYang saya paling ingat juga, ketika kita berkongsi pengalaman dalam "Perancangan Strategik" di Kolej Komuniti Bentong , saya sebut bahawa Pengetua amat bersemangat untuk "menstrategikkan" perancangan sekolah.Staf sokongan dan guru puan jawab separuh berbisik pada saya: "Kami segan. Pengetua sangat baik."
Syabas! Puan berjawa menawan hati mereka.
I salute your effort in transforming SMK Telemong. We, PKPSM Bentong, know very well of what you went through , and that fact challenged many of us to go the extra mile. In our meetings I always cite Telemong as an example of concerted effort and to "watch out for Telemong." Education needs more principals like you when the weather looks bleak.
Friends to the end.