Saturday, January 14, 2012

Pencapaian BAHASA ARAB terbaik PMR 2011


RAHSIA PENCAPAIAN BAHASA ARAB SMK MUADZAM SHAH 88.9% DAPAT A
Mari kita teroka dan tiru.

PROGRAM KECEMERLANGAN  BAHASA ARAB PMR 2011
SMK MUADZAM SHAH



BIL

PROGRAM

MATLAMAT

STRATEGI

PENILAIAN

J/ MASA

1

PEMBINAAN NOTA RINGKAS QAWAID DAN KALIMAH

PELAJAR DAPAT MEMAHAMI DAN MAHIR DALAM QAWAID SERTA MEMILIKI PERBENDAHARAAN KATA BAHASA ARAB


PELAJAR MEMBUAT NOTA SELEPAS P&P DIJALANKAN

GURU MENYEMAK NOTA SELEPAS SESUATU NOTA DIBUAT


SEPANJANG TAHUN

2


LATIH AN  TOPIKAL

MEMBIASAKAN PELAJAR KEPADA  BENTUK SOALAN

SEBAGAI LATIHAN YANG BERKESAN KEPADA PELAJAR YANG LEMAH


LATIHAN  DIJALANKAN DI DALAM DAN DI LUAR P&P DAN WAKTU CUTI SEKOLAH

SOALAN-SOALAN TOPIKAL (BERDASARKAN FORMAT PEPERIKSAAN SEBENAR)


JAN- JUL

3

TADRIBAT MUKASSAFAH
( LATIH TUBI  MENJAWAB SOALAN )


LULUS 100% SERTA PENCAPAIAN CEMERLANG DAN BERKUALITI

LATIH TUBI MENJAWAB SOALAN- SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI LAN

PERBINCANGAN


UJIAN LISAN/BERTULIS

PEPERIKSAAN


OGOS-SEPT

4


KELAS TAMBAHAN TERANCANG

MENDAPAT “WAQTUL MURAJAAH”UNTUK MENGHADAPI PMR

MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN

MENGAJAR SUKATAN MATA PELAJARAN DI LUAR WAKTU
P& P


UJIAN

FEB -SEPT

5


SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR

MENDEDAHKAN PELAJAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN YANG BETUL

MENDEDAHKAN FORMAT PEPERIKSAAN

MENDEDAHKAN SKEMA PEMARKAHAN


CERAMAH OLEH JEMPUTAN LUAR

PELAJAR MENCATAT ISI-ISI PENTING


GURU BERTANYAKAN ISI CERAMAH

19 MEI

6

AS-SYIFA’
(KELAS PERMURNIAN)

MEMBANTU PELAJAR YANG LEMAH MENCAPAI KEPUTUSAN YANG LEBIH BAIK

LATIHAN DIADAKAN DI LUAR WAKTU P&P

MEMBERI SOALAN BERFORMAT PMR SEBENAR


SOALAN-SOALAN

SEPANJANG BULAN
RAMADHAN

7


BENGKEL33 TIPS KUASAI  BAHASA ARAB

SATU USAHA UNTUK MENARIK,MENDEKATKAN PERHATIAN DAN MEMUPUK MINAT TERHADAP BAHASA ARAB DI SAMPING MENGIKIS PERSEPSI BAHAWA MATA PELAJARAN INI SATU SUBJEK YANG SUKAR ATAU “KILLER SUBJEK”

DIKENDALIKAN OLEH DR.ADUL RAZAK IN CHIK ( DR.Arabic)

MENGADAPTASIKAN SEKURANG-KURANGNYA 5 TEKNIK ( BAHASA BADAN,INTONASI,ZIKRULLAH,PANGGILAN MESRA,KATA PINJAMAN ) KETIKA BELAJAR BAHASA ARAB


UJIAN/PEPERIKSAAN

23 APRIL


Kumpulan  sasaran ialah semua pelajar tingkatan tiga yang ambil Bahasa Arab

PENCAPAIAN BAHASA ARAB PMR 2011 SMK SERI BENTONG CEMERLANG     89.7% DAPAT A.


1) Analisis Peperiksaan


TAHUN
PERKARA
CALON
A
B
C
D
LULUS
GPMP
BIL
%
BIL
%
BIL
%
BIL
%
BIL
%

2011 (Ting.3)
TOV
39
10
26%
15
39%
6
15%
7
18%
38
98%
2.33
Ujian 1
39
7
18%
23
59%
8
21%
1
2%
39
100%
2.08
Pep. ½ Tahun
39
14
36%
20
52%
4
10%
1
2%
39
100%
1.79
Pra Percubaan
39
21
54%
17
44%
1
2%
0
0%
39
100%
1.49
Pep.Percubaan
39
30
77%
9
23%
0
0%
0
0%
39
100%
1.23
PMR
39
35
90%
4
10%
0
0%
0
0%
39
100%
1.10


2) Program dan Strategi

          2.1 KAA Hebat, Arab Mantap

                 * Menerapkan ke dalam diri murid-murid tentang kelebihan mereka berada di kelas KAA serta keistimewaan Bahasa Arab dan peluang yang mereka akan peroleh jika menguasai Bahasa Arab.

                 * Penerapan berbentuk motivasi berpanjangan bermula seawal tingkatan satu dan berterusan sehingga mereka menduduki peperiksaan PMR.

                 * Serlahkan minat guru yang mendalam terhadap Bahasa Arab dan perhatian sekolah yang istimewa terhadap murid-murid dalam kelas KAA.

          2.2 Dekat di Hati

                 * Wujudkan hubungan yang sangat akrab antara guru dan murid-murid di dalam mahupun di luar kelas sehingga mereka berasa sangat selesa belajar dengan guru mereka dan seronok dengan kehadiran guru untuk mengajar.

                 * Hubungan yang rapat antara guru dan murid-murid memudahkan guru untuk meyakinkan mereka terhadap kebolehan dan kemampuan mereka untuk cemerlang walaupun mereka lemah.

                 * Sentiasa sentuh hati-hati mereka dengan menunjukkan kesungguhan guru dan dengan kata-kata serta cerita-cerita yang membangkitkan semangat untuk belajar dan berjaya.

                 * Ingatkan pelajar tentang betapa pentingnya keberkatan ilmu yang diperoleh dengan cara menghormati semua guru.


          2.3 Akar Tunjang

                 * Membekalkan ilmu dan maklumat yang mantap,  mencukupi dan betul mengenai Bahasa Arab semasa pelajar di tingkatan satu dan dua sebagai asas yang kukuh.

                 * Memerlukan kepada guru yang betul-betul menguasai isi kandungan mata pelajaran.

                 * Semasa di tingkatan tiga, pelajar hanya ditumpukan dalam kemahiran menjawab soalan dengan sedikit pengukuhan dari segi pengetahuan Bahasa Arab.


          2.4 Dah Khatam Dah…

                 * Buku teks wajib dihabiskan, Tingkatan satu pada bulan Oktober, tingkatan dua pada bulan September dan tingkatan tiga pada bulan Jun.

                 * Dalam masa yang sama guru tidak  bergantung pada buku teks semata-mata dan  membekalkan pelajar dengan bahan-bahan lain yang sesuai.

                 * Bagi tingkatan satu dan dua, selepas selesai menggunakan buku teks, guru mengulang semula tajuk-tajuk yang sukar untuk pelajar.


          2.5 “Take Five

                 * Peruntukkan masa selama sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk bertanya kepada para pelajar tentang maksud perkataan yang telah diberikan oleh guru terlebih dahulu.

                 * “Dendaan berfaedah” bagi pelajar yang gagal mengingat maksud perkataan, seperti menulis semula semua perkataan yang tidak diingati berserta dengan maksud sebanyak sepuluh kali bagi setiap perkataan, kerana dengan menulis pelajar akan lebih mudah mengingat.
          2.6 Anta fikirlah sendiri…

                 * Pelajar membuat karangan mereka sendiri, tetapi dengan panduan serta bimbingan daripada guru.

                 * Bagi pelajar yang lemah, mereka dibantu oleh rakan mereka yang mahir.

                 * Pelajar yang mahir menjadi mentor kepada pelajar yang lemah dan duduk bersebelahan di dalam kelas.


          2.7 “Rapid Fire” (Tingkatan 3)

                 * Kelas tambahan berbentuk latihan, perbincangan dan membuat pembetulan di jalankan selama 64 jam bermula dari bulan Februari hingga bulan Ogos.

                 * Modul khas dibekalkan kepada semua pelajar (buku) dan mereka perlu membuat terlebih dahulu latihan yang akan dibincangkan sebelum hadir ke kelas tambahan.

                 * Pelajar dibenarkan merujuk mana-mana bahan rujukan semasa membuat latihan. 

                 * Kelas diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

                 * Pelajar yang tidak hadir diwajibkan menyalin semua hasil perbincangan di dalam modul tersebut dan berjumpa dengan guru untuk sesi soal jawab.
         
          2.8 Seminar dan Bengkel Kemahiran Menjawab Soalan (Tingkatan 3)

                 * Diadakan dua kali, iaitu pada bulan Februari dan bulan Julai, supaya pelajar cepat sedar dan ingat semula apa yang telah disampaikan.
                 * Menjemput dua orang penceramah yang berlainan supaya lebih banyak maklumat yang diperoleh oleh pelajar.


          2.9 Trial Oohhh Trial… (Tingkatan 3)

                 * Guru membekalkan pelajar dengan 10 soalan percubaan negeri-negeri lain, secara berperingkat-peringkat.

                 * Pelajar menjawab semua soalan tersebut semasa mengulang kaji pelajaran dan membincangkannya dengan guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

                 * Pelajar tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan rujukan semasa menjawab soalan.


          2.10 Sentuhan Terakhir

                 * Pada malam sebelum peperiksaan PMR mata pelajaran Bahasa Arab, guru datang ke asrama untuk bertanya khabar pelajar, memberikan secara ringkas (10 minit) tips terakhir serta kata-kata semangat kepada pelajar dan menjawab persoalan pelajar jika ada.      

                 * Pada pagi peperiksaan, sebelum pelajar memasuki dewan peperiksaan, guru berada bersama-sama pelajar di luar dewan dan membacakan doa untuk pelajar.

                 * Semasa pelajar sedang menjawab soalan, guru menunaikan solat hajat dan membaca al-Quran, memohon kepada Allah supaya para pelajar dipermudahkan dan diberikan ketenangan semasa menjawab soalan.


Disediakan oleh:
Ustaz Fatthul Mueim bin Bustaman
SMK Alor Akar, Kuantan (sebelum ini bertugas di SMK Seri Bentong).                  




13 comments:

  1. Mohamad Zailani bin Mohamad SaidJanuary 14, 2012 at 5:38 PM

    Syabas dan tahniah cikgu. "Ya Allah, Ya Rabbi,ku pohon agar dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesejahteraan di dunia dan di akhirat kepada semua guru yang telah memberi komitmen dan iltizam yang tinggi mendidik anak bangsa menjadi CEMERLANG." Amin

    ReplyDelete
  2. Kita amat memerlukan guru-guru yang berusaha begini profesional; memikirkan cara dan jalan secara berfokus. Proses mencapai kecemerlangan ini memang sukar tetapi dapat dikongsikan.
    Saya mengenali Ustaz Fatthul ketika bersama di SMK Seri Bentong. pendekatannya untuk meningkatkan BA bersama Ustaz Aziz memang tidak konvensional. Tahniah dan syabas atas usaha. Moga SMKAA akan menerima "tuah" profesionalisme Ustaz Fatthul.

    ReplyDelete
  3. syabas dan tahniah atas perkongsian ini, utk warga pendidik marilah kita terus beriltizam belajar daripada mereka yang cemerlang utk kita turut menghasilkan anak didik yang cemerlang. Insyaallah !

    ReplyDelete
  4. tak ada yg mustahil jika sesuatu usaha dirancang dgn penuh rasa tgg jawab apa tah lagi komitmen yg tinggi pastinya sesuatu usaha itu akan menempa kecemerlangan-tahniah pada semua warga pendidik yg berjaya membuktikan bahawa Bahasa Arab bukanlah suata bahasa yg amat sukar dan payah dipelajari

    ReplyDelete
  5. Bahtiar b. sanusi,SMK Abdul Rahman Talib, Tahniah di atas kesungguhan tuan.

    ReplyDelete
  6. TQVM kepada ustaz, ustazah, guru dan pengetua. Kalau anak2 kita cemerlang Bahasa Arab makin mudahlah dakwah menghayati Al Quran. Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  7. Moga ramai lagi guru yang berkesan spt ustaz ni..

    ReplyDelete
  8. itu antara kaedah yang sesuai bergantung kepada latar belakang murid dan suasana di sekolah. Setiap sekolah tidak sama kaedah dan cara mengajarnya, cuma guru boleh mengolah mengikut kesesuaian persekitaran. Cuma perlu diambil perhatian, kebanyakan guru tidak mahir dalam pertuturan bahasa yang mereka ajar. Bahasa ini seolah olah ia hidup, jika tidak diamalkan ia akan mati dengan sendirinya. Minta jasa baik Dato agar membuat sesuatu untuk menaikkan mutu pengajaran guru-guru bahasa arab sekolah rendah dan menengah..kerana kita perlu terima hakikat bahawa "murid minat untuk mendalami bahasa" tetapi "kaedah mengajar" yang membantutkan minat murid/pelajar tersebut.. sayang seribu kali sayang..

    ReplyDelete
  9. Selama ini kita menganggap bahawa Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang menghalang pelajar mendapat semua A dalam PMR. Saya yakin dan percaya sekiranya ada daya usaha dan keikhlasan dalam diri kita, insyaAllah matlamat untuk mencapai semua A akan tercapai. Yang penting, jangan putus asa, jadikan artikel ini sebagai panduan, banyakkan doa. Apa lagi, ayuh, ustaz dan ustazah daerah Kuantan, kita bina pelajar kita. Ingat motto kita. Kuantan Mesti Di Hadapan.
    Daripada :
    PPD Kuantan

    ReplyDelete
  10. JAILANI TASMAN Pengetua SMK Gali,RaubJanuary 25, 2012 at 6:41 PM

    Tahniah dan syabas di atas kejayaan yang dicapai. Perkongsian baik resepi kejayaan,saya tertarik dengan idea 'Takes five' yang diisi dengan soalan istilah dan disertai dengan "dendaan berfaedah". Mohon izin untuk menggunakannya di SMK Gali bagi mata pelajaran lain.

    ReplyDelete
  11. Tahniah cikgu.Anda telah buktikan tiada yang mustahil jika kita berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh.Moga Allah merahmati cikgu dan memberi inspirasi kepada kami agar terus cemerlang dan menjuarai kecemerlangan pendidikan anak bangsa.

    Daripada
    Baharum bin Hj Samat
    PPD Maran.

    ReplyDelete
  12. Tahniah dan syabas tuan atas inisiatif dan daya usaha untuk memajukan bidang pendidikan di negeri Pahang yang tercinta ini. PAHANG DIRGAHAYU.

    Daripada:
    Siti Fatimah Zainuddin,
    SK Sri Buntar,
    Triang, Pahang.

    ReplyDelete