Thursday, January 5, 2012

Pencapaian GEOGRAFI PMR 2011 TERBAIK


APA RAHSIA ?
SMK UBAI, PEKAN.  44.6% dapat A GEOGRAFI PMR 2011
Puan Rosidah binti Ismail mula bertugas di SMK Ubai pada bulan Januari 2010. Beliau adalah guru opsyen Seni Visual, tetapi telah mengajar mata pelajaran geografi selama 10 tahun. Saya telah menggalakkan beliau untuk memohon jawatan guru cemerlang dan beliau telah mengisi borang permohonan tetapi belum lagi dipantau oleh pihak nazir.  

Pada pandangan saya, kelebihan Puan Rosidah ialah personaliti dan etika kerja beliau. Beliau mengajar dengan sepenuh hati, ikhlas, dan menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau bekerja tanpa mengira masa , tenaga dan wang ringgit. Apabila menjalankan kelas tambahan, beliau akan membawa makanan dan minuman dan makan bersama-sama pelajar. Beliau menganggap pelajar sebagai anak sendiri dan daripada pandangan saya pelajar pun boleh merasai kasih sayang beliau terhadap mereka. Beliau tegas dan serius mengenai pembelajaran, tetapi pada masa yang sama, beliau dapat juga menunjukkan kasih sayang dan simpati. Beliau memberitahu saya bahawa beliau sentiasa mendoakan kejayaan pelajar dan iringi mereka  dengan doa setiap kali lepas sembahyang “Ya Allah ya Tuhanku, mudahkan pelajar-pelajarku memahami dan mengingati pengajaranku. Mudahkanlah mereka menjawab soalan dengan betul dan tepat. Kurniakanlah kejayaan yang sangat cemerlang kepada mereka, Amin…”

Satu lagi kelebihan Puan Rosidah ialah beliau adalah “Subject Matter Expert”. Penguasaan isi kandungan adalah pada “finger tips”. Beliau banyak membaca dan tidak hanya bergantung kepada buku teks dan rujukan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau gemar membaca maklumat yang berkaitan geografi (bukan terhad kepada sukatan pelajaran) daripada internet, ensaiklopedia, majalah dan akhbar. Menurut beliau, pelajar berminat mendengar guru bercerita lebih daripada apa yang terkandung dalam sukatan.
Biasanya pelajar tidak minat geografi kerana susah mengingati peta dan gambar rajah. Tetapi Puan Rosidah telah menghasilkan satu modul peta yang berkesan. Istimewanya modul peta ini ialah modul ini merangkumi sukatan tingkatan 1, 2 dan 3. Saya telah memantau Puan Rosidah pada 20 April 2011 dan melihat sendiri bagaimana minatnya pelajar apabila belajar menggunakan modul peta tersebut. Selain modul peta, Puan Rosidah juga telah menghasilkan satu modul nota dan modul latihan yang beliau gunakan untuk kelas Tingkatan 3.

Puan Rosidah mempunyai wawasan untuk kecemerlangan pelajar. Beliau target semua pelajar (dalam kelas pertama) mendapat A untuk geografi. Seterusnya, sepanjang tahun, beliau akan terus memotivasikan mereka ke arah itu. Beliau mengajar pelajar mengikut tahap mereka. Kaedah pengajaran  untuk pelajar lemah tidak sama dengan kaedah untuk pelajar cemerlang. Untuk pelajar cemerlang beliau menghabiskan sukatan lebih awal agar dapat membuat ulangkaji lebih awal. Beliau juga mengenalpasti kelemahan pelajar dan mengambil tindakan susulan.

Sebagai seorang pengetua, saya berasa sangat bertuah mempunyai seorang guru yang begitu berdedikasi dan komited terhadap kerja dan saya selalu memberi pujian kepada beliau serta menghargai jasa beliau.

Dilaporkan oleh,                                                                                                                            
Datin Stella Jayamalar A/P Thomas, SMP., AMP                                                   Pengetua SMK Ubai, Pekan,   



=========== =================  ============ ===















DAPATKAN RAHSIA BAGAIMANA
SMK PERAMU JAYA,  40.3% dapat A  GEOGRAFI PMR 2011

Antara teknik yang digunakan oleh guru-guru geografi untuk meningkatkan kecemerlangan ialah membahagikan pembelajaran kepada beberapa fasa. Fasa 1 (Bulan Januari - Julai). Pada masa P&P hanya digunakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sebelah Petang adakan kelas tambahan bagi ulangkaji sukatan pelajaran semasa tingkatan 1 dan 2.

Fasa 2 (Ogos - September). Kelas tingkatan 3 telah dirombak  mengikut kelompok cemerlang, sederhana, potensi dan harapan. Mereka ini dibekalkan dengan soalan-soalan percubaan dari 14 negeri. Pada masa ini soalan-soalan dianalisa. Mana-mana soalan yang hampir sama akan diulang-ulang. Biasanya setiap pelajar akan menjawab sebanyak 14 set soalan. Setiap satu set mengandungi 60 soalan.Selesai menjawab pelajar-pelajar akan diberi penerangan mendalam tentang semua topik-topik Aktiviti ini akan dijalankan pada masa P&P dan kelas tambahan pada waktu petang (3.00 - 4.30 ptg) dan pada hari Sabtu (8.00 -10 Pg) serta Ahad (10.30 - 12.00 Tgh). 

 Fasa 3(Bulan Oktober). Pada masa ini pelajar-pelajar akan dibekalkan pula soalan-soalan sebenar PMR tahun 2005 - 2010. Dimana 6 set soalan bagi seorang pelajar (setiap set ada 60 soalan) Soalan ini dijawab oleh pelajar di rumah. Dalam kelas hanya diadakan perbincangan tentang soalan tersebut.

Fasa 4(Seminggu sebelum PMR). Guru-guru akan membantu pelajar untuk menanda tajuk-tajuk penting untuk dibaca oleh pelajar. (Guna modul yang dibuat oleh guru) Pada masa ini pelajar dibekalkan dengan nota kecil (boleh dimuat dalam poket baju) Pelajar juga dibekalkan peta berbentuk grafik & peta bermaklumat dari tingkatan 1 -3.(Pelajar diminta menghafal) Fasa 4 (3 hari sebelum PMR). Pelajar diberikan peta dunia dan Malaysia(Peta kosong) Seterusnya pelajar diminta menandakan lokasi tempat dalam peta tanpa rujuk buku.Tujuan untuk kuatkan ingatan pelajar.

Fasa 5 (2 jam sebelum peperiksaan) Pelajar dikumpul ikut tahap(cemerlang, sederhana & potensi) Pada masa ini guru-guru akan menerangkan sekali lagi tajuk-tajuk penting, tajuk-tajuk yang biasa keluar, istilah-istilah, teknik-teknik menjawab dan apa yang hendak dijawab dahulu. Tips-tips terakhir ini amat penting & amat berkesan sekali. 

Selain itu, sebelum pembahagian kepada fasa-fasa ini guru-guru geografi telah membuat analisis tentang kelemahan pelajar dan soalan yang selalu pelajar gagal. Masalah utama pelajar ialah mengingat lokasi dalam peta.Oleh itu pelajar sentiasa dibekalkan peta kosong dunia dan Malaysia. Setiap minggu pelajar mesti diuji 2X tentang peta dunia & 2X tentang peta Malaysia. Ini penting untuk mengekalkan ingatan jangka panjang pelajar.Soalan yang disoal berkisar lokasi &ciri-ciri lokasi dlm peta. 

Buat nota tingkatan 1,2 &3 dan beri kepada semua pelajar. Nota yang baik perlu digabung jalinkan dari buku teks dan buku rujukan. Nota pelajar kurang lengkap kerana mereka biasanya suka menggunakan  buku rujukan semata-mata, ada fakta yang kurang tepat @ salah . 

Selain daripada itu , keperluan guru untuk menyediakan bahan-bahan perlu diadakan dan  disediakan dengan secukupnya. Contoh, bermula pada tahun lepas(2011) saya telah menyewa 2 buah  mesin fotostet dan 2 buah mesin riso untuk memudahkan guru menyediakan bahan untuk pelajar. Untuk  membeli kertas dengan harga yang murah, saya meminta pihak PIBG membelinya. Jika dibeli dengan menggunakan L/O harga lagi mahal. Ini adalah untuk menjimatkan perbelanjaan supaya lebih banyak kertas soalan boleh dibekalkan kepada pelajar.



Daripada,
Osmera bin Mat
Pengetua SMK Peramu Jaya, Pekan

36 comments:

  1. Hassan Basri ShamsudinJanuary 6, 2012 at 3:17 AM

    tahniah cgu Rosidah bt Ismail-usaha cgu telah membuktikan bahawa cgu tetap unggul wpun bukan opsyen geografi-moga cgu dan guru-guru spt cgu yg ada di Pahang dan Malaysia dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT.Juga membukti sesuatu usaha yg dilakukan dgn penuh tgg jawab dan ikhlas pasti memperolehi kejayaan yg cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well Done ! Keep up the good work...wonderful sharing....

      Salam drpd :
      Pengetua SMA AL-MAARIF

      Delete
  2. Tahniah kepada SMK Ubai,Pekan dan SMK Peramu Jaya kerana pencapaian cemerlang dalam geografi PMR 2011.Rahsia kejayaan sekolah tuan memberikan suntikan semangat kepada guru-guru kami untuk sederap mengorak langkah menuju kejayaan dalam PMR 2012
    Hjh Apidah bt Sukirman
    Pengetua
    SMK Bukit Cermin

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH! Semoga pengalaman cik gu menjadi panduan dan ikutan kepada guru- guru lain. BUKTI telah jelas , kreativiti, bimbingan dan usaha yang ikhlas tanpa berkira membuahkan hasil.
    Salam drp
    Pengetua SMK Paya Besar.

    ReplyDelete
  4. Saya sangat gembira kerana tulisan rakan kita pengetua SMK Ubai & SMK Peramu Jaya dibaca oleh guru, harap ianya membakar semangat guru dan akhirnya dapat diterjemah di bilik darjah. Rupanya ada rakan kita yang hebat mendidik anak murid di dalam kelas. Sebenarnya ramai lagi, saya akan cuba ketengahkan.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Pengetua dan guruguru yang hebat.Semestinya guru yang hebat melahirkan pelajar hebat.Teruskan kecemerlangan ini.Ayuh guru-guru di daerah Maran agar terus belajar berkongsi kejayaan dan menjuarai kecemerlangan.Great soul ,great mind and great results.

    Daripada
    Baharum bin Hj Samat
    PPD Maran

    ReplyDelete
  6. Komitmen guru amat penting bagi mencapai target yang dibuat. Tahniah kepada Puan Rosidah dan Guru-guru Geografi SMK Peramu Jaya serta pimpinan SMK Ubai dan SMK Peramu Jaya. Kepada Pengetua dan guru-guru di daerah Kuantan, berkongsilah pengalaman ini untuk kemajuan pendidikan di Negeri Pahang khasnya di Daerah Kuantan. Ingat Motto kita "Kuantan Mesti Di Hadapan" .
    Daripada
    Karim bin Man
    PPD Kuantan

    ReplyDelete
  7. Tahniah dan terimakasih di atas perkongsian!!! sebagai Pengetua di SMKST Kuantan... saya akan memanafaatkan perkongsian ini bersama KB dan KP serta guru2 geografi di sekolah saya bagi meningkatkan semula pencapaian MP tersebut. TQVM and BRAVO!!!!!!!

    Asruddin Abas

    ReplyDelete
  8. SH LOH (SMK TANAH PUTIH)January 7, 2012 at 12:13 AM

    WELL DONE AND WE ARE LOOKING FOR THESE TYPES OF TEACHERS.......

    ReplyDelete
  9. Nandakumaran kathirvalooJanuary 7, 2012 at 12:59 AM

    Congrats !

    Wonderful sharing. All it takes is a dedicated teacher to turn the students world around ! Caring..sharing...and touching the students hearts goes miles !

    Good strategies..shared vision...passion...vibration ...action does give wonderful results.

    Learning from best practices should become the norm for all educators. It is not a case of boasting or being on a ego trip....but having the strength, heart and the bravery with all humility to share . This is indeed a noble attribute.
    I am so proud of you...cikgu Rosidah !

    Thank you for sharing SMK Ubai.

    Nandakumaran a/ l Kathirvaloo

    Pengetua
    SMK Air Putih
    Kuantan, Pahang.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada Puan Rosidah dan semua guru Geografi di kedua-dua sekolah tersebut. Telah dibuktikan bahawa keikhlasan menggalas tugas adalah perkara utama penentu kejayaan. Selain itu, perancangan & pelaksanaan dibuat dengan sempurna dan berfokus. InsyaAllah kami akan turuti. Terima kasih atas perkongsian ini.

    Mohd Dzulkifri Nordin
    SMK Mat Kilau Kuantan

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada kedua-dua sekolah SMK Ubai & Peramu Jaya! Sejarah (Geog)telah dilakar untuk kita jadikan panduan hari ini untuk esok.Saya dapat rasakan bahawa di kedua-dua sekolah tersebut guru-guru terlibat telah "memberi sepenuh hati, maka mereka ada hati di sekolah". Pendekatan & langkah yang dipaparkan adalah resipi kejayaan.Mari kita adun untuk sesuaikan dengan sekolah kita.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Tahniah kpd Pn Rosidah dan Datin Stella (SMK Ubai) serta En Osmera Mat (Pengetua SMK Peramu Jaya) atas kejayaan masing-masing. Kedua-dua tulisan menonjolkan komitmen dan kegigihan mereka untuk menghasilkan kecemerlangan. Mereka telah berjaya merealisasikan konsep CPO dalam PKKP (collaborative, participative dan ownership). Semoga contoh ini menjadi teladan dan rangsangan kepada guru-guru dan pengetua lain bahawa apa sahaja yang kita inginkan boleh kita capai melalui cara yang betul, Insya Allah. Syabas kepada SMK Ubai dan SMK Peramu Jaya. Terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman. Moga terus cemerlang pada masa hadapan.

    Misnan Mohd Damin
    PPD Lipis

    ReplyDelete
  14. Tahniah kpd kedua2 sekolah.... nak tanya ketua panitia geografi ada kena tulis FAIL MEJA utk subjek GEOGRAFI tak?

    ReplyDelete
  15. Saya sungguh gembira bila Hassan, Apidah, Ezizah, Baharum, Karim, Asruddin, Loh, Nanda, Zul N, Rahim dan Misnan telah membaca, menghargai dan menghayati tulisan ini. Jika anda semua dapat kempen kepada guru2, itulah yang matlamat saya memasukkan tulisan dua kawan kita ini. Hebahkan kepada pengetua lain, kita mahu cemerlang seluruh negeri Pahang tahun 2012 ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. IDRUS OTHMAN SMKSERI PANCHINGJanuary 8, 2012 at 6:11 AM

    Tahniah kepada guru-guru geografi kedua-dua sekolah.Sudah pasti gabungan idea mereka dalam p&p menghasilkan keputusan ini.Terimakasih atas perkongsian itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Idrus, sila warwarkan kepada guru di SMK Pancing.

      Delete
  17. Jailani Tasman (Pengetua SMK Gali )January 8, 2012 at 4:53 PM

    Tahniah kepada Pn. Rosidah kerana mengamalkan prinsip X-PLUS dalam kerja sehingga menghasilkan kecemerlangan yang membanggakan. Bukan opsyen bukan alasan untuk tidak cemerlang tetapi Berfokuskan target cemerlang, pengetahuan diperkasa melalui bacaan, usaha digemleng, latihan digandakan dan kerja sepasukan bersama pentadbiran sekolah akhirnya berjaya. Di SMK Gali , guru geografi (PMR )juga bukan opsyen, kedua-duanya opsyen PJK , insyallah saya akan gunakan pengalaman cikgu Rosidah untuk menaikkan keyakinan guru saya ini untuk menggapai kejayaan cemerlang dalam PMR 2012 selaras dengan visi sekolah iaitu SMK Gali peneraju kecemerlangan pendidikan menjelang tahun 2020.Insyaallah.

    ReplyDelete
  18. Tahniah kepada SMK Peramu Jaya dan SMK Ubai dalam mata pelajaran Geografi PMR 2011. Syabar kepada guru-guru,murid-murid dan ibu bapa serta warga sekolah .Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  19. Tahniah kepada pengetua, khususnya guru-guru geografi di kedua-dua sekolah berkenaan dan insya Allah saya akan syorkan kaedah-kaedah tersebut kepada guru-guru di SMK Cenderawasih .

    PENGETUA
    SMK CENDERAWASIH

    ReplyDelete
  20. smk dato shahbandar hussainJanuary 9, 2012 at 7:28 PM

    tahniah kepada guru geografi smk ubai dan smk peramu jaya. pengalaman yang dapat dikongsikan bersama.

    ReplyDelete
  21. Tahniah kepada Pengetua dan guru geografi di kedua-dua sekolah. Resepi kejayaan yang diberikan akan diadun untuk kejayaan SMKPd pula

    Pengetua
    SMK Pelindung

    ReplyDelete
  22. Tahniah. Semoga kecemerlangan subjek Geografi berterusan di kedua-dua buah sekolah tersebut. Resepi kejayaan ini akan digunakan nanti di SMK Beserah. Terima kasih atas daya usaha Tuan Pengarah menyebarkan maklumat berguna ini.


    Pengetua
    SMK Beserah

    ReplyDelete
  23. Tahniah kepada Pengetua dan guru-guru. Saya mengenali cara kerja Cikgu Rosidah semasa dulu di bawah saya. Bukan sahaja Geografi, beri apa saja kat dia...jadi!

    Pengetua
    SEMSAS

    ReplyDelete
  24. Salam, sesungguhnya memori-memori yang dicoretkan di sini sangat berharga untuk dikongsi bersama demi kejayaan anak didik kita .
    Tahniah kepada kedua-dua sekolah tersebut. Banyak inspirasi boleh di aplikasikan di sekolah ku.
    Terima kasih tak terhingga...

    ReplyDelete
  25. Tahniah dan syabas. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat baru kepada semua guru untuk mempertingkatkan prestasi subjek masing-masing. Tidak ada yang mustahil asalkan berusahan dan terus berusaha. hendak seribu daya. Saya menyeru kepada semua guru SMK Pekan untuk membuktikan kebolehan dan potensi diri kurniaan Allah S.W.T

    Teruskan perjuangan dan tahniah sekali lagi..

    Pn Hajah Nor Hasimah binti Abdul Ghaffar
    Pengetua
    SMK Pekan

    ReplyDelete
  26. PENGETUA SMK B DAMARJanuary 10, 2012 at 8:28 PM

    Bilangan latihan yang banyak dan berkualiti serta dikaji oleh guru dengan mendalam memudahkan pelajar menguasai teknik kemahiran dan pengetahuan dalam geografi. Pengetua, SMK B Damar

    ReplyDelete
  27. Tahniah Pn Rosidah, you had a good personal touch. Kpd Guru-guru SMK Peramu Jaya , program anda sungguh baik utk dikongsi bersama.

    daripada Hjh Faridah bt Mohamed
    SMK Mengkarak

    ReplyDelete
  28. Jika semua guru begini,ramai pelajar suka dan mahu terus berada di sekolah untuk belajar.

    ReplyDelete
  29. Tahniah Cikgu Aminah (SMK Peramu Jaya) dan Pn.Rosidah (SMK Ubai) di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah masing2. Bangga dan gembira kerana kedua-dua sekolah tersebut berada di Daerah Pekan, dan lagi bangga kerana menjadi Guru Kaunseling SMK Peramu Jaya. Terus maju jaya sahabat2ku semoga kejayaan ini dicemburui oleh guru-guru lain demi kejayaan anak-anak didik kita.

    ReplyDelete
  30. congratulations. well done.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosidah binti IsmailJanuary 18, 2012 at 6:06 AM

      Terima kasih kepada semua yg memberi maklum balas terutama kepada Tuan Pengarah yg memberi ruang untuk pekongsian ilmu ini,ramai yg menghubungi saya untuk perkongsian bahan,insyallah saya tidak akan mengecewakan cuma mungkin lambat sikit kerana kekangan tugas,terimakasih kpd pengetua saya Datin Stella,juga bekas pengetua saya,Tn Hj Azhari di Semsas,anda adalah pengetua antara pengetua terbaik yang menjadi inspirasi .
      *Sampaikan ilmu itu walau sepotong ayat,ilmu yang bermenfaat membawa berkat sepanjang hayat...

      Delete
    2. Saya terjumpa petikan ini dalam buku HUKUM KANUN PAHANG diselenggara oleh YH Dato' Yaakub Isa, "Alim yang kikir akan ilmunya itu umpama senjata yang berkarat di dalam sarungnya; dan si jahil yang enggan belajar itu umpama si buta malu bertongkat."

      Terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu Rosidah binti Ismail.

      Delete
  31. Tahniah cg. Semoga dapat mengekalkan pencapaian 2012.

    Drp: pengetua smk seri tualang

    ReplyDelete