Tuesday, January 17, 2012

Minum air sungai Pahang

GB saya sewaktu di SK Pesagi

Saya menyorot kembali waktu lampau. Satu lipatan sejarah yang sangat tinggi harganya, tak pernah saya lupakan.

Selalunya waktu rehat saya bersama rakan sekelas waktu darjah tiga tahun 1963, turun ke sungai Pahang untuk minum air sungai bila waktu rehat. Terasa puas minum air yang jernih itu. Kami tidak takut kuman dan tak takut buaya,  lagipun tak tahu apa itu kuman. Perut kami telah kebal, tidak terasa sakit minum air fresh yang tidak di masak. Kami tidak bawa bekal air ke sekolah.  Lepas itu kami pun mendaki naik tebing. Bila sampai di muka pintu pagar nampak cikgu Salleh GB tercegat menunggu kami sambil memegang rotan. Tanpa banyak bicara kami dapat hadiah satu rotan seorang. Saya berkata dalam hati, “macam ini hauslah.”
Lepas itu GB kata mulai hari esok tak boleh turun ke sungai lagi. Minum air masak di sebelah kantin.
Keesokan harinya, sebelum masuk kelas saya nampak apak Midin (tukang kebun) memikul tin yang mengandungi air memanjat tebing sungai terus menghala ke kantin sekolah. Apak Midin memasak air, agaknya disuruh oleh GB? Waktu rehat saya meluru ke bangsal sebelah kantin. Saya lihat telah tersedia air masak yang telah diisi sedikit tea o kosong (tea cap nangka). Kami terus ambil cawan dan mencedok air tea o kosong itu, wah sedap betul minum air suam perasa tea wangi. Mulai hari itu saya bersama kawan2 minum air masak sewaktu rehat.

Tetap ingat cara GB mendidik dan menjaga kebajikan kami anak kampong. Seorang GB yang tegas dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh muridnya. GB juga gembelingkan tenaga pekerja membantu memasak air. Menggambarkan kepimpinan yang boleh mengarahkan pekerja melakukan kerja yang berfaedah kepada murid-murid. Itulah arwah cikgu Sallah, GB yang banyak berjasa. Ada banyak lagi cerita tentang GB saya ini. Akan bersambung lagi ….

Monday, January 16, 2012

Pena Ab Rahman bin Halib

BAHASA ARAB SMK SERI BENTONG CEMERLANG : SATU REFLEKSI

Dalam mesyuarat kurikulum, pengetua sering menegaskan bahawa kecemerlangan akademik pelajar amat saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, elemen penting yang perlu dititikberatkan ialah pendidikan dan penilaian semasa proses pengajaran berlangsung. Keempat-empat elemen tersebut perlu dimanfaatkan secara optimum untuk memastikan objektif pembelajaran dapat dikuasai oleh pelajar.

            Dalam konteks pengajaran bahasa, aspek penguasaaan rumus-rumus tatabahasa, sintaksis dan leksikal (kosa kata) merupakan fokus utama selain kecukupan latihan lisan dan penulisan yang perlu diperkukuh dalam kerangka memantapkan kemahiran dan kecekapan bahasa setiap individu pelajar.

            Di sisi lain, perancangan strategik berdasarkan aspek-aspek kelemahan pelajar yang bertitik tolak daripada data analisis item peperiksaan persis saran PKKP Jabatan Pelajaran Negeri Pahang perlu dipatuhi dan dilaksanakan secara efektif.

            Saya melihat sepanjang tahun 2011, Ustaz Fatthul Mueim mempraktikkan aspek-aspek tersebut semasa merancana program utama di bilik darjah dan merancang aktiviti-aktiviti sokongan yang mempertajam penguasaan bahasa Arab pelajar.  Misalnya, program Tahseen al-Lughah dilaksanakan yang bertujuan agar pelajar dapat membina ayat yang betul dan gramatis. Tegasnya, rumus tatabahasa diberikan penekanan secara intensif oleh beliau agar pelajar dapat meminimumkan kesalahan tatabahasa semasa membina ayat atau menulis karangan. Beliau juga menggunakan modul skor A sebagai wahana bahan latihan tambahan dalam kelas, manakala Projek Cuti  Berdikari dibekalkan kepada pelajar-pelajar sebagai latihan wajib semasa cuti sekolah. Kesemua aktiviti yang dirancang dalam program utama, program sampingan dan program sokongan bertujuan untuk menghasilkan ETR 94% calon meraih A Bahasa Arab (walaupun miss 4.26% (89.74%)).

            Dari sudut menangani defisit pembelajaran, panitia bahasa arab mensasarkan sukatan / buku teks diselesaikan pada bulan oktober (pelajar tingkatan 1), bulan september (pelajar tingkatan 2) dan bulan Jun (pelajar tingkatan 3). Justeru itu, “snowball-effect” tidak berlaku dan beliau mempunyai banyak masa dan luang untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti “academic basis” pelajar tingkatan 3. Antaranya , KAA Hebat Arab Mantap, Dekat Di Hati, Bi’ah Arabiah dan Khazanah Bahasa yang menjurus ke arah membangunkan minat pelajar terhadap bahasa Arab dengan melakukan aktiviti menghias kelas yang menggunakan item-item bahasa Arab, membuat bahan mural dan memanfaatkan pamplet JPN Pahang yang meransang pelajar untuk menghayati dan menghargai bahasa Arab sebagai bahasa berstatus tinggi duniawi dan ukhrawi.

            Semasa Ustaz Fatthul Mueim merancang dan melaksanakan 9 program strategik sepanjang tahun 2011, saya berpendapat program “Rapid Fire” merupakan program yang mempunyai impak besar terhadap pelajar. Beliau mengendalikan aktiviti-aktiviti latihan, diskusi dan melakukan koreksi secara intensif bersama-sama pelajar. Malah beliau memberitahu saya dalam satu sesi perbincangan yang beliau telah mengendalikan 64 jam aktiviti “Rapid Fire” sejak dari bulan Februari hingga Ogos. Justeru itu, jika diteliti analisis peperiksaan 2011 jelas menggambarkan peningkatan prestasi secara konstan dan konsisten bermula dengan TOV GPS 2.33, 2.08 (P1), 1.79 peperiksaan pertengahan tahun, 1.49 pra percubaan, 1.23 peperiksaan percubaan dan AR PMR  1.10.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa guru merupakan faktor utama menentukan kecemerlangan pelajar di samping kerjasama semua pihak baik dari kalangan pelajar sendiri mahupun ibubapa serta “significant others”.
           Analisis 5 Tahun Bahasa Arab SMK Seri Bentong

Tahun
% A
% Lulus
GPS
2007
67.5
100
1.45
2008
87.0
100
1.13
2009
63.0
100
1.48
2010
55.8
100
1.73
2011
89.7
100
1,10

SYABAS USTAZ FATTHUL MUEIM, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRO

Disediakan oleh Ab Rahman bin Halib, AAP   --- Pengetua SMK Seri Bentong

Nota....Laporan ini tulis dalam tahun 2012 sewaktu saya bertugas sebagai pengarah di Jabatan Pelajaran negeri Pahang. Terima kasih kepada sdr Ab Rahman yang telah berjaya pengupas perjuangan ustaz Fatthul. Kedua-dua mereka ini telah melakukannya dengan sempurna. Hanya Allah yang membalas jasa tuan semua.

Saturday, January 14, 2012

Pencapaian BAHASA ARAB terbaik PMR 2011


RAHSIA PENCAPAIAN BAHASA ARAB SMK MUADZAM SHAH 88.9% DAPAT A
Mari kita teroka dan tiru.

PROGRAM KECEMERLANGAN  BAHASA ARAB PMR 2011
SMK MUADZAM SHAH



BIL

PROGRAM

MATLAMAT

STRATEGI

PENILAIAN

J/ MASA

1

PEMBINAAN NOTA RINGKAS QAWAID DAN KALIMAH

PELAJAR DAPAT MEMAHAMI DAN MAHIR DALAM QAWAID SERTA MEMILIKI PERBENDAHARAAN KATA BAHASA ARAB


PELAJAR MEMBUAT NOTA SELEPAS P&P DIJALANKAN

GURU MENYEMAK NOTA SELEPAS SESUATU NOTA DIBUAT


SEPANJANG TAHUN

2


LATIH AN  TOPIKAL

MEMBIASAKAN PELAJAR KEPADA  BENTUK SOALAN

SEBAGAI LATIHAN YANG BERKESAN KEPADA PELAJAR YANG LEMAH


LATIHAN  DIJALANKAN DI DALAM DAN DI LUAR P&P DAN WAKTU CUTI SEKOLAH

SOALAN-SOALAN TOPIKAL (BERDASARKAN FORMAT PEPERIKSAAN SEBENAR)


JAN- JUL

3

TADRIBAT MUKASSAFAH
( LATIH TUBI  MENJAWAB SOALAN )


LULUS 100% SERTA PENCAPAIAN CEMERLANG DAN BERKUALITI

LATIH TUBI MENJAWAB SOALAN- SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI LAN

PERBINCANGAN


UJIAN LISAN/BERTULIS

PEPERIKSAAN


OGOS-SEPT

4


KELAS TAMBAHAN TERANCANG

MENDAPAT “WAQTUL MURAJAAH”UNTUK MENGHADAPI PMR

MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN

MENGAJAR SUKATAN MATA PELAJARAN DI LUAR WAKTU
P& P


UJIAN

FEB -SEPT

5


SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR

MENDEDAHKAN PELAJAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN YANG BETUL

MENDEDAHKAN FORMAT PEPERIKSAAN

MENDEDAHKAN SKEMA PEMARKAHAN


CERAMAH OLEH JEMPUTAN LUAR

PELAJAR MENCATAT ISI-ISI PENTING


GURU BERTANYAKAN ISI CERAMAH

19 MEI

6

AS-SYIFA’
(KELAS PERMURNIAN)

MEMBANTU PELAJAR YANG LEMAH MENCAPAI KEPUTUSAN YANG LEBIH BAIK

LATIHAN DIADAKAN DI LUAR WAKTU P&P

MEMBERI SOALAN BERFORMAT PMR SEBENAR


SOALAN-SOALAN

SEPANJANG BULAN
RAMADHAN

7


BENGKEL33 TIPS KUASAI  BAHASA ARAB

SATU USAHA UNTUK MENARIK,MENDEKATKAN PERHATIAN DAN MEMUPUK MINAT TERHADAP BAHASA ARAB DI SAMPING MENGIKIS PERSEPSI BAHAWA MATA PELAJARAN INI SATU SUBJEK YANG SUKAR ATAU “KILLER SUBJEK”

DIKENDALIKAN OLEH DR.ADUL RAZAK IN CHIK ( DR.Arabic)

MENGADAPTASIKAN SEKURANG-KURANGNYA 5 TEKNIK ( BAHASA BADAN,INTONASI,ZIKRULLAH,PANGGILAN MESRA,KATA PINJAMAN ) KETIKA BELAJAR BAHASA ARAB


UJIAN/PEPERIKSAAN

23 APRIL


Kumpulan  sasaran ialah semua pelajar tingkatan tiga yang ambil Bahasa Arab

PENCAPAIAN BAHASA ARAB PMR 2011 SMK SERI BENTONG CEMERLANG     89.7% DAPAT A.


1) Analisis Peperiksaan


TAHUN
PERKARA
CALON
A
B
C
D
LULUS
GPMP
BIL
%
BIL
%
BIL
%
BIL
%
BIL
%

2011 (Ting.3)
TOV
39
10
26%
15
39%
6
15%
7
18%
38
98%
2.33
Ujian 1
39
7
18%
23
59%
8
21%
1
2%
39
100%
2.08
Pep. ½ Tahun
39
14
36%
20
52%
4
10%
1
2%
39
100%
1.79
Pra Percubaan
39
21
54%
17
44%
1
2%
0
0%
39
100%
1.49
Pep.Percubaan
39
30
77%
9
23%
0
0%
0
0%
39
100%
1.23
PMR
39
35
90%
4
10%
0
0%
0
0%
39
100%
1.10


2) Program dan Strategi

          2.1 KAA Hebat, Arab Mantap

                 * Menerapkan ke dalam diri murid-murid tentang kelebihan mereka berada di kelas KAA serta keistimewaan Bahasa Arab dan peluang yang mereka akan peroleh jika menguasai Bahasa Arab.

                 * Penerapan berbentuk motivasi berpanjangan bermula seawal tingkatan satu dan berterusan sehingga mereka menduduki peperiksaan PMR.

                 * Serlahkan minat guru yang mendalam terhadap Bahasa Arab dan perhatian sekolah yang istimewa terhadap murid-murid dalam kelas KAA.

          2.2 Dekat di Hati

                 * Wujudkan hubungan yang sangat akrab antara guru dan murid-murid di dalam mahupun di luar kelas sehingga mereka berasa sangat selesa belajar dengan guru mereka dan seronok dengan kehadiran guru untuk mengajar.

                 * Hubungan yang rapat antara guru dan murid-murid memudahkan guru untuk meyakinkan mereka terhadap kebolehan dan kemampuan mereka untuk cemerlang walaupun mereka lemah.

                 * Sentiasa sentuh hati-hati mereka dengan menunjukkan kesungguhan guru dan dengan kata-kata serta cerita-cerita yang membangkitkan semangat untuk belajar dan berjaya.

                 * Ingatkan pelajar tentang betapa pentingnya keberkatan ilmu yang diperoleh dengan cara menghormati semua guru.


          2.3 Akar Tunjang

                 * Membekalkan ilmu dan maklumat yang mantap,  mencukupi dan betul mengenai Bahasa Arab semasa pelajar di tingkatan satu dan dua sebagai asas yang kukuh.

                 * Memerlukan kepada guru yang betul-betul menguasai isi kandungan mata pelajaran.

                 * Semasa di tingkatan tiga, pelajar hanya ditumpukan dalam kemahiran menjawab soalan dengan sedikit pengukuhan dari segi pengetahuan Bahasa Arab.


          2.4 Dah Khatam Dah…

                 * Buku teks wajib dihabiskan, Tingkatan satu pada bulan Oktober, tingkatan dua pada bulan September dan tingkatan tiga pada bulan Jun.

                 * Dalam masa yang sama guru tidak  bergantung pada buku teks semata-mata dan  membekalkan pelajar dengan bahan-bahan lain yang sesuai.

                 * Bagi tingkatan satu dan dua, selepas selesai menggunakan buku teks, guru mengulang semula tajuk-tajuk yang sukar untuk pelajar.


          2.5 “Take Five

                 * Peruntukkan masa selama sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk bertanya kepada para pelajar tentang maksud perkataan yang telah diberikan oleh guru terlebih dahulu.

                 * “Dendaan berfaedah” bagi pelajar yang gagal mengingat maksud perkataan, seperti menulis semula semua perkataan yang tidak diingati berserta dengan maksud sebanyak sepuluh kali bagi setiap perkataan, kerana dengan menulis pelajar akan lebih mudah mengingat.
          2.6 Anta fikirlah sendiri…

                 * Pelajar membuat karangan mereka sendiri, tetapi dengan panduan serta bimbingan daripada guru.

                 * Bagi pelajar yang lemah, mereka dibantu oleh rakan mereka yang mahir.

                 * Pelajar yang mahir menjadi mentor kepada pelajar yang lemah dan duduk bersebelahan di dalam kelas.


          2.7 “Rapid Fire” (Tingkatan 3)

                 * Kelas tambahan berbentuk latihan, perbincangan dan membuat pembetulan di jalankan selama 64 jam bermula dari bulan Februari hingga bulan Ogos.

                 * Modul khas dibekalkan kepada semua pelajar (buku) dan mereka perlu membuat terlebih dahulu latihan yang akan dibincangkan sebelum hadir ke kelas tambahan.

                 * Pelajar dibenarkan merujuk mana-mana bahan rujukan semasa membuat latihan. 

                 * Kelas diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

                 * Pelajar yang tidak hadir diwajibkan menyalin semua hasil perbincangan di dalam modul tersebut dan berjumpa dengan guru untuk sesi soal jawab.
         
          2.8 Seminar dan Bengkel Kemahiran Menjawab Soalan (Tingkatan 3)

                 * Diadakan dua kali, iaitu pada bulan Februari dan bulan Julai, supaya pelajar cepat sedar dan ingat semula apa yang telah disampaikan.
                 * Menjemput dua orang penceramah yang berlainan supaya lebih banyak maklumat yang diperoleh oleh pelajar.


          2.9 Trial Oohhh Trial… (Tingkatan 3)

                 * Guru membekalkan pelajar dengan 10 soalan percubaan negeri-negeri lain, secara berperingkat-peringkat.

                 * Pelajar menjawab semua soalan tersebut semasa mengulang kaji pelajaran dan membincangkannya dengan guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

                 * Pelajar tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan rujukan semasa menjawab soalan.


          2.10 Sentuhan Terakhir

                 * Pada malam sebelum peperiksaan PMR mata pelajaran Bahasa Arab, guru datang ke asrama untuk bertanya khabar pelajar, memberikan secara ringkas (10 minit) tips terakhir serta kata-kata semangat kepada pelajar dan menjawab persoalan pelajar jika ada.      

                 * Pada pagi peperiksaan, sebelum pelajar memasuki dewan peperiksaan, guru berada bersama-sama pelajar di luar dewan dan membacakan doa untuk pelajar.

                 * Semasa pelajar sedang menjawab soalan, guru menunaikan solat hajat dan membaca al-Quran, memohon kepada Allah supaya para pelajar dipermudahkan dan diberikan ketenangan semasa menjawab soalan.


Disediakan oleh:
Ustaz Fatthul Mueim bin Bustaman
SMK Alor Akar, Kuantan (sebelum ini bertugas di SMK Seri Bentong).