Tuesday, July 5, 2011

ANTAH DALAM NASI, ANTAH DALAM BERAS

Oleh Yahya bin Zainal Abidin

Seawaktu hendak menyuap nasi, tiba-tiba ternampak antah di celah nasi, apa nak buat?
Kalau ditelan juga alamatnya memudaratkan perut. Kulit antah yang tajam boleh melukakan dinding usus. Kalau sabar, ketepikan antah itu. Ada orang merungut kepada isteri, akibatnya boleh bermasam muka. Kasihan kepada isteri ye. Jangan-jangan isteri mengesat air mata sewaktu membasuh pinggan?

Antah dan melukut dalam beras
Ingat tak waktu emak kita nak menanak nasi dulu. Ditampinya beras itu dalam nyiru, akhirnya antah dan melukut berkumpul di suatu bucu. Lepas itu antah dan melukut itu di keluarkan. Selalunya taburkan antah dan melukut itu ke laman rumah, maka berebutlah ayam.
Emak saya lain sikit, disimpannya antah itu di dalam bujang. Beberapa hari kemudian dapat segengam. Emak dan jiran-jirannya mengumpulkan antah itu hingga dapat segantang. Lepas itu mereka tumbuk menggunakan lesung tangan, akhirnya dapatlah beras kelas dua, bentuknya kompot dan patah. Orang hari ini kata beras B2. Tiada siapa yang mahu. Emak gunakan pengisar, akhirnya jadi tepung beras. Tepung dijemur hingga kering. Beberapa minggu kemudian emak bersama Mak Andak dan Maklum Minah bergotong royong buat kueh putu dengan menggunakan tepung beras itu yang diadunkan dengan sedikit gula. Kueh putu  nampak cantik dan putih. Terasa berselera nak makan, tetapi emak suruh hantar ke setiap rumah jiran dulu.

Kreativiti dan inovasi sebenarnya telah dilakukan oleh orang tua kita.

Untuk melangkah maju, kita tidak sanggup nak tinggalkan budak-budak yang tercicir itu, kita mahu jadikan mereka lulus dan pandai. Kalau mereka boleh beralih dari E kepada D dan yang D beralih ke C sudah cukup baik. Boleh mengecilkan GPS juga. Lebih mulia dari itu, haluannya kita cuba betulkan. Ingat, “Tersilap seinci di pelabuhan, akan tersasar beribu batu di lautan.”

Antah bukan setakat boleh jadi beras tetapi boleh dijadikan kueh yang kelihatan cantik dan sedap. Kita ulang balik apa yang emak kita lakukan dahulu, pasti berjaya.

Cerita antah ini banyak terdapat dalam Memori Pengetua Pahang.

3 comments:

  1. Inilah baru sempat menerokai blog ini. Segalanya di sini membakar semangat. Tuan, tak mau buka blog baru untuk dengar cerita kami cikgu2 biasa Pahang ni pulak? Rasanya tentu ramai yang minat dan banyak untuk dikongsi...

    ReplyDelete
  2. Cadangan yang baik, nanti saya aturkan satu pasukan, kalau boleh biar guru2 jadi ajk nya.

    ReplyDelete
  3. Baru sempat baca ttg antah dan beras. Terima kasih atas ilmu cikgu. Mohon izin saya gunakan utk pengajaran saya di dalam kelas

    ReplyDelete