Monday, January 16, 2012

Pena Ab Rahman bin Halib

BAHASA ARAB SMK SERI BENTONG CEMERLANG : SATU REFLEKSI

Dalam mesyuarat kurikulum, pengetua sering menegaskan bahawa kecemerlangan akademik pelajar amat saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, elemen penting yang perlu dititikberatkan ialah pendidikan dan penilaian semasa proses pengajaran berlangsung. Keempat-empat elemen tersebut perlu dimanfaatkan secara optimum untuk memastikan objektif pembelajaran dapat dikuasai oleh pelajar.

            Dalam konteks pengajaran bahasa, aspek penguasaaan rumus-rumus tatabahasa, sintaksis dan leksikal (kosa kata) merupakan fokus utama selain kecukupan latihan lisan dan penulisan yang perlu diperkukuh dalam kerangka memantapkan kemahiran dan kecekapan bahasa setiap individu pelajar.

            Di sisi lain, perancangan strategik berdasarkan aspek-aspek kelemahan pelajar yang bertitik tolak daripada data analisis item peperiksaan persis saran PKKP Jabatan Pelajaran Negeri Pahang perlu dipatuhi dan dilaksanakan secara efektif.

            Saya melihat sepanjang tahun 2011, Ustaz Fatthul Mueim mempraktikkan aspek-aspek tersebut semasa merancana program utama di bilik darjah dan merancang aktiviti-aktiviti sokongan yang mempertajam penguasaan bahasa Arab pelajar.  Misalnya, program Tahseen al-Lughah dilaksanakan yang bertujuan agar pelajar dapat membina ayat yang betul dan gramatis. Tegasnya, rumus tatabahasa diberikan penekanan secara intensif oleh beliau agar pelajar dapat meminimumkan kesalahan tatabahasa semasa membina ayat atau menulis karangan. Beliau juga menggunakan modul skor A sebagai wahana bahan latihan tambahan dalam kelas, manakala Projek Cuti  Berdikari dibekalkan kepada pelajar-pelajar sebagai latihan wajib semasa cuti sekolah. Kesemua aktiviti yang dirancang dalam program utama, program sampingan dan program sokongan bertujuan untuk menghasilkan ETR 94% calon meraih A Bahasa Arab (walaupun miss 4.26% (89.74%)).

            Dari sudut menangani defisit pembelajaran, panitia bahasa arab mensasarkan sukatan / buku teks diselesaikan pada bulan oktober (pelajar tingkatan 1), bulan september (pelajar tingkatan 2) dan bulan Jun (pelajar tingkatan 3). Justeru itu, “snowball-effect” tidak berlaku dan beliau mempunyai banyak masa dan luang untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti “academic basis” pelajar tingkatan 3. Antaranya , KAA Hebat Arab Mantap, Dekat Di Hati, Bi’ah Arabiah dan Khazanah Bahasa yang menjurus ke arah membangunkan minat pelajar terhadap bahasa Arab dengan melakukan aktiviti menghias kelas yang menggunakan item-item bahasa Arab, membuat bahan mural dan memanfaatkan pamplet JPN Pahang yang meransang pelajar untuk menghayati dan menghargai bahasa Arab sebagai bahasa berstatus tinggi duniawi dan ukhrawi.

            Semasa Ustaz Fatthul Mueim merancang dan melaksanakan 9 program strategik sepanjang tahun 2011, saya berpendapat program “Rapid Fire” merupakan program yang mempunyai impak besar terhadap pelajar. Beliau mengendalikan aktiviti-aktiviti latihan, diskusi dan melakukan koreksi secara intensif bersama-sama pelajar. Malah beliau memberitahu saya dalam satu sesi perbincangan yang beliau telah mengendalikan 64 jam aktiviti “Rapid Fire” sejak dari bulan Februari hingga Ogos. Justeru itu, jika diteliti analisis peperiksaan 2011 jelas menggambarkan peningkatan prestasi secara konstan dan konsisten bermula dengan TOV GPS 2.33, 2.08 (P1), 1.79 peperiksaan pertengahan tahun, 1.49 pra percubaan, 1.23 peperiksaan percubaan dan AR PMR  1.10.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa guru merupakan faktor utama menentukan kecemerlangan pelajar di samping kerjasama semua pihak baik dari kalangan pelajar sendiri mahupun ibubapa serta “significant others”.
           Analisis 5 Tahun Bahasa Arab SMK Seri Bentong

Tahun
% A
% Lulus
GPS
2007
67.5
100
1.45
2008
87.0
100
1.13
2009
63.0
100
1.48
2010
55.8
100
1.73
2011
89.7
100
1,10

SYABAS USTAZ FATTHUL MUEIM, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRO

Disediakan oleh Ab Rahman bin Halib, AAP   --- Pengetua SMK Seri Bentong

Nota....Laporan ini tulis dalam tahun 2012 sewaktu saya bertugas sebagai pengarah di Jabatan Pelajaran negeri Pahang. Terima kasih kepada sdr Ab Rahman yang telah berjaya pengupas perjuangan ustaz Fatthul. Kedua-dua mereka ini telah melakukannya dengan sempurna. Hanya Allah yang membalas jasa tuan semua.

4 comments:

  1. LOH .... SMKTP KUANTANJanuary 16, 2012 at 5:00 PM

    WELL DONE AND KEEP IT UP.....

    ReplyDelete
  2. syabas dan tahniah Tuan Pengetua,En.Ab Rahman Halib-moga kecemerlangan di SMK Seri Bentong akan dimanfaatkan pula di SMK Sulaiman-Moga Warga Pendidik dan Pelajar di SMK Sulaiman akan turut mencipta kecemerlangan berkat kepimpinan tuan.

    ReplyDelete
  3. Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada pengetua, guru B. Arab dan calon-calon PMR atas daya usaha cemerlang. Diharap pengalaman sekolah ini dimanfaatkan sekolah-sekolah lain yang menawarkan B. Arab. Syabas.

    ReplyDelete
  4. Maaf mencelah, pelajar 2011 pecahkn rekod kami tahun 2008.
    Apa pun, ust.fathul begitu dedikasi dlm menyampaikn ilmu.
    Will miss smksb

    ReplyDelete